Wednesday, 5 December 2012
Sunday, 2 December 2012
Mungkinkah Dia Imamku?
Entah kenapa hatiku gelisah, berdebar kencang dari pagi tadi. Adakah kerana pembentangan hari ini? Mr West mahu aku ikut serta dalam RGM (Mesyuarat Bulanan General Manager) kali ini. Katanya agar aku pun turut mendapat kredit atas usaha keras kami selama ini. Projek dua tahun ini mendapat perhatian CEO. Usai dhuha, aku menarik nafas panjang. Ku panjatkan doa pada Ilahi agar tenang hati ini.
Bilik Mesyuarat Pluto
"Macam mana Umar?", tanya Pengurus Operasi kami. Mataku alihkan kepada lelaki itu. Terpaku aku. Subhanallah. Sosok tubuhnya benar-benar mirip dengan bayang lelaki yang kulihat dalam istikharahku kelmarin.
Pandangan mata kami bertemu. Senyum. Serentak itu, hatiku tenang, bagai semilir angin yang lalu. Allah Allah.
"Mungkinkah dia imamku?" Bisik hatiku penuh debar.
7 hari.
"Diba, awak tolong jumpa Umar. Dapatkan pandangan dia tentang paten komunikasi pekerja indonesia di sini."
"Erkk.. " Aku terkedu. Ya Allah, dekatkanlah dia padaku jika benar dia jodohku. Pada usia 32 tahun ini, hanya tawakal penguat semangatku. Aku yakin, pada ketika dan orang yang tepat, Allah pasti akan menjawab doaku.
Umar Budiharto. Itulah namanya. Baru ku tahu, dia itu berasal dari Bekasi, Indonesia. Cuma aku masih tak pasti apakah status dirinya. Selama ini tekadku, tak mungkin aku menjadi pemusnah kebahagiaan wanita lain.
Mengenalinya, aku rasa bagaikan sudah kenal lama. Tak sukar untuk mencari keserasian antara kami. Dia seperti aku, gilakan fotografi dan seni. Kami sering outing bersama teman-teman Kelab Fotografi. Dia buat aku selesa ,kerana solat tetap di jaga. Pesanannya selalu, mulakan walau sekecil apa pun kerja dengan Bismillah. Masakan tidak, tiga tahun di pesantren telah membentuk dirinya. Malah, sama seperti aku, dia juga memasang hajat membawa bonda dan ayahanda tercinta menunaikan manasik Haji.
Betapa sempurnanya lelaki ini di mataku. Hingga kini, soalan yang satu itu cuba kumatikan dalam benakku. Aku takut dengan jawapannya. Setelah rasa cinta ini membuak di dada, adakah mampu aku bertahan andai dia terhempas begitu sahaja.
7 minggu
Telahanku benar. Sudah lima tahun dia berkahwin, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun tak pernah sekali pun dia mengatakan yang buruk tentang Kak Ayu, isterinya. Betapa bertuahnya kau kak. Oleh kerana tiada pelepasan majikan, Kak Ayu masih di Bekasi. Terpempan aku saat dia menyuarakan hasrat untuk mempertemukan aku dengan KakAyu. Adakah tega aku bertentang mata dengannya. Wanita yang bakal ku rampas separuh dari jiwanya. Pujukan Umar meyakinkan aku untuk bertemu. Ku salam dan ku cium tangan wanita itu. Dia tersenyum . Rupanya banyak yang telah Umar ceritakan tentang aku. Selepas berbasa basi, kak Ayu memulakan bicara.
"Akak rela berkongsi kasih. Mungkin ini cara Allah memberi rahmatNya.'
Sunyi.
Haruskah aku gembira. Aku tak pasti. Antara prinsip dengan cinta dalam hati. Lama diam itu pengisi sunyi. Masing-masing dalam fikiran sendiri. Ku renung lembut wajah kak Ayu. Tulus wajahnya , setulus hatinya. Hujan di hatiku makin sarat. Dan entah dari mana datangnya kekuatan itu.
"Maafkan saya kak. Saya tidak pasti yang saya mampu ikhlas berkongsi kasih dengan akak. Apa mungkin memang Umar dijadikan sebagai pembela wanita, yang mampu menyebarkan cintanya buat kita berdua, itupun saya tak pasti. Berilah saya peluang untuk mencari ketenangan hati dan kekuatan diri. Mungkin ada baiknya kita tangguhkan dulu soal ini. Andai memang ini suratanNya."
Kaki terus ku bawa lari keluar dari KLCC. Empang air mata yang kutahan dari tadi, pecah akhirnya .
"Ya Allah. Aku tidak tahu , ya Allah... Tiada satu pun rahsia Mu dalam pengetahuanku. "
Makkah, 17 Ramadhan 1433H
Selesai sudah tawaf sunat ku. Aku menghela nafas. Alhamdulillah. Masih sudi Kau menerima aku sebagai tetamu Mu. Aku kembali pada Mu ya Allah. Ampunkan aku kerna selalu mencari cinta lain selain Engkau. Malunya aku. Kutundukkan wajahku , lalu bersujud. Aku redha atas segala ketentuanmu. Terimalah taubatku. Air mataku bercucuran. Hanya pada Tuhan Kaabah ini aku meratap. Biarlah kukhabarkan cintaku hanya padaNya.
'"Assalamualaikum Diba". Ku seka airmataku. Saat ku angkat wajahku, ku lihat dia. Ya, dialah lelaki itu. Dialah imamku. Terima kasih Allah.
Penulis asal : Nazlin Akma Adam
Sumber : www.iluvislam.com
Adab Bersembang
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Setiap perkara mempunyai adab dan aturannya yang tersendiri. Semuanya diajarkan Nabi SAW sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas.
Pernah terjadi beberapa orang Musyrikin mengejek Salman al-Farisyi r.a., kata mereka,
"Nabi kamu mengajarkan semua benda sehingga perkara berkaitan istinjak. Kata Salman, "Memang benar! Nabi kami menegah daripada membuang air besar atau kecil dalam keadaan menghadap kiblat, beristinjak menggunakan tangan kanan, beristinjak kurang daripada tiga biji batu." (Hadis Riwayat Muslim)
Antara adab yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam adalah adab bersembang. Apakah perbualan atau cara kita bersembang setiap hari menepati tuntutan Islam?
1. Suara yang rendah dan lembut.
Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang.
Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka.
Menurut Abdullah bin Zubair r.a., selepas turunnya ayat ke-2 surah al-Hujurat iaitu "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi". Sayidina Umar r.a. terus berubah sikapnya. Sekiranya bercakap dengan Nabi, dia akan bercakap seperti orang berbisik-bisik sehingga terpaksa disuruh ulang beberapa kali kerana tidak dapat difahami .
Imam Zahabi menyebut, "Jikalau orang tidak mengenali siapa Muhammad bin Sirin (ulama Tabi'in), mereka akan menyangka dia seorang yang sakit kerana terlalu rendah suaranya apabila bercakap dengan ibunya." Lihatlah, betapa beradabnya golongan salaf dalam berkata-kata.
2. Tidak menunjuk pandai.
Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW,
"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)
(Hadis Riwayat Muslim)
Contohnya jikalau kita seorang pakar ekonomi dan berhadapan dengan seorang petani kampung, elakkan bercakap tentang kerja kita yang jauh di luar bidang mereka serta sukar difahami dengan mudah. Sebaik-baiknya, tunjukkanlah perhatian kepada mereka dan lebihkan mendengar daripada berkata-kata.
Seorang Tabi'in yang terkenal iaitu Imam Ata' bin Abi Rabah berkata, "Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi."
Khalid bin Safwan berkata, "Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya."
Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.
3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan.
Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan.
Menurut Ibrahim bin al-Junaid, "Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."
Nabi SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut. Inilah bukti keindahan pekerti Rasulullah SAW.
Sama-samalah kita mengamalkan adab yang indah ini. Walaupun nampak ringan dan kecil, pasti ada kelebihan pada setiap amalan yang dianjurkan ulama-ulama Islam. Kata pepatah Arab, "Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."
Rujukan: Kitab Min Adabil Islam, Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah
Sumber : www.iluvislam.com/
Friday, 30 November 2012
Halal Haram: Gelatin dalam Industri
at 12:06 AM Posted by Arrazzi Alhafiz Alattas
![]() |
Kapitalisme menjadikan banyak pemain industri makanan yang membelakangkan kepentingan pengguna Islam |
Masih ingatkah lagi tulisan saya pada Kolum Halal Haram Bil.2? Saya telah menyentuh berkenaan ramuan kritikal dalam makanan. Yang terlepas, saran saya agar dapatkannya segera.
Baik. Penulisan kali ini saya ingin menerangkan berkaitan salah satu ramuan kritikal iaitu gelatin. Kalau dahulu cuma sepintas lalu sahaja, namun kali ini saya akan memperincikannya untuk kefahaman dan manfaat kita bersama.
Sebelum kita pergi lebih jauh, adalah lebih baik kita kenali dahulu apa itu gelatin.
Gelatin ialah bahan protein yang berasal dari kolagen. Ia sejenis protein semulajadi yang terkandung dalam tendon, tulang dan kulit haiwan. Gelatin juga sejenis protein hasilan yang larut dalam dan dihasilkan melalui satu proses hidrolisi ke atas kolagen.
Gelatin dikategorikan sebagai protein tulen iaitu tidak mengandungi lemak dan karbohidrat. Di Negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan sebahagian Negara Eropah, penggunaan gelatin di dalam makanan tidak memerlukan spesifikasi. Ini bermakna kita tidak akan menjumpainya pada label produk.
Gelatin dihasilkan dalam bentuk kepingan dan serbuk. Gelatin memiliki sifat yang pelbagai fungsi dan luar biasa. Sifat-sifat seperti penstabil, pemekat, penggebu, pengental dan pengenyal telah menjadikannya sebagai satu komoditi yang sangat berharga dan penting dalam pemprosesan makanan dan farmaseutikal.
Seperti yang saya terangkan di atas, sifatnya sangat pelbagai fungsi menyebabkan ia digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian. Sedar atau tidak, sememangnya gelatin wujud hampir sebahagian besar makanan, ubatan dan kosmetik.
![]() |
Budaya Barat menjadi ikutan dalam menyambut hari lahir. Tak lengkap tanpa kek. Tapi halalkah kek yang anda beli? |
Gelatin menjadi aditif yang penting dalam makanan. Hampir setiap kek, minuman bersusu, keju, mentega, marjerin, gula-gula, aiskrim, roti, jeli, gula-gula getah, pencuci mulut, marshmellow dan coklat yang kita makan itu mengandungi gelatin.
![]() |
Biasa dihidang di Hari Lebaran. Bimbang terhidang yang haram, syubhah |
Rasa lazat yang anda nikmati, bentuk yang cantik, tekstur yang gebu apabila dikunyah, pekat berkrim apabila diminum, nilai makanan yang lebih baik, mencair di dalam mulut dan seumpamanya adalah hasil daripada manfaat gelatin itu tadi.
Sememangnya gelatin sangat berfungsi dalam memberikan apa sahaja kebaikan dan nilai tambah pada makanan yang kita ambil.
![]() |
Gelatin tidak asing dalam industri farmaseutikal |
Begitu juga dalam pembuatan farmaseutikal. Disebabkan gelatin mudah larut dalam perut, ia digunakan secara meluas bagi menghasilkan kapsul ubat-ubatan. Turut sama diguna bagi menghasilkan ubat tablet dengan campuran agen pelincir dan anti pelekat. Begitu juga dalam pembuatan supositori iaitu pepejal beberentuk kelongsong atau kon untuk dimasukkan ke dalam rektum atau dubur.
Baik, kita teliti pula sumbernya. Seperti sedia maklum, inilah antara elemen kritikal yang akan mementukan halal haramnya sesuatu produk itu. Islam melihat kepada sumbernya selain proses pembuatan.
Gelatin boleh didapati dari dua sumber iaitu haiwan dan tumbuhan.
![]() |
Babi dan lembu adalah dua sumber utama gelatin |
Sumber haiwan lazimnya didapati daripada babi atau lembu. Ini kerana dua binatang ia adalah sumber daging paling utama di dunia. Ada juga yang diperoleh daripada sumber laut seperti ikan. Tetapi ia sangat terhad bahkan mahal.
Sungguhpun gelatin itu bersumberkan lembu. Seperkara ia adalah haiwan yang halal dimakan, cuma persoalannya di sini, adakah ia disembelih menurut syarak?
Firman Allah Azzawajalla: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah”. [An-Nahl: 115]
Justeru, apabila ketidakpastian ini wujud, kita mengkategorikannya sebagai syubhah.
Maka pesan Nabi s.a.w: “…Barangsiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya”. [HR Bukhari & Muslim]
Oleh yang demikian, saya mengingatkan sesama kita. Tolong pelihara sungguh makan minum. Ingatlah bahawa Islam ia datangnya untuk memelihara manusia antaranya di sudut agama dan kehormatan diri.
Sekiranya kita menjaga halal haram dalam kehidupan kita. Apalagi di zaman yang penuh mencabar dan Islam kembali dagang ini, sesungguhnya kita telah memenuhi saranan kekasih kita, Muhammad s.a.w.
Wallahu a’lam.
Sumber : http://arrazzi.blogspot.com
Tuesday, 28 August 2012
Duhai Wanita...
Andai belum sampai jodohmu
Anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu
Sedang membina sahsiah kepimpinan
Bagi memimpin dirimu
Yang akan menjadi imam
Bagi memimpin dirimu
Yang akan menjadi imam
Kerana pada wanita itu
Pasti ada kekurangan dan
Pasti ada kekurangan dan
Lelaki yang benar-benar layak sahaja
Pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu…
Sunday, 26 August 2012
Sejenak Terpaku...
Sejenak terpaku tatkala pertama kali aku melihatmu. Dirimu memiliki
aura yang membuatkan aku ingin mengenalimu. Melalui seorang rakan, aku dapat
mengetahui serba sedikit tentang dirimu. 3 tahun berlalu, akhirnya kita
dipertemukan semula di Bumi yang Indah dan Permai. Biarpun hanya seketika, aku
amat menghargainya. Ya Allah, tolong pelihara dia untukku. Kerana Engkaulah
sebaik-baik pemelihara. Amin…
Lagu Doa Seorang Kekasih dendangan kumpulan nasyid Inteam
pun berkumandang di corong-corong radio di seluruh dunia. Hehehe… (^_^)v
*MASUMOSHAF27ogos2012*
Kurindu Kasih Sayangmu...
Tatkala sepi bertamu tanpa diundang, dalam kepekatan malam yang sunyi, ku dongak ke langit yang indah dihiasi bulan mengambang dan bintang-bintang berkerlipan. Terasa tiupan bayu menampar-nampar lembut pipiku. Telingaku dapat menangkap dengan jelas bunyi desiran ombak menghempas pantai. Dari jendela kamar yang menghala ke arah Selat Tebrau ini, dapat kulihat dengan jelas cahaya daripada rumah api yang menyuluh sekitar pantai. Fikiranku mula melayang. Peristiwa petang tadi berputar kembali dalam ingatan. Aku sendiri tidak menyangka bahawa aku akan bertindak sebegitu rupa.
Setelah menanggalkan kasut, aku
melangkah masuk ke dalam rumah. Hajat di hati ingin melepaskan penat lelah dan
berehat di dalam bilik. “Yaya, kamu dari mana ni? Kenapa lambat sangat balik? Dah
pukul berapa sekarang? Dah nak masuk waktu Maghrib ni,” soal emak bertubi-tubi.
Sungguh lembut pertanyaan itu, tetapi dalam keadaan sebegini, telingaku
seakan-akan terbakar mendengarnya. “Kalau abah tahu kamu balik lambat macam ni,
dah tentu dia mengamuk. Yaya, kamu kan dah besar, dah tujuh belas tahun. Anak
dara sunti pula tu. Tak manis orang tengok anak dara balik waktu-waktu macam
ni,” emak menyambung lagi. Sebagai anak, aku tahu aku tidak boleh membantah
kata-kata ibu bapa. Apatah lagi apa yang diperkatakan itu adalah benar. Tetapi,
“Alah mak ni, Yaya letih la. Yaya tahu abah mesti mengamuk, tapi kan sekarang abah
takda kat rumah. Lainlah kalau ada orang yang jadi informer untuk bagitau kat abah.
Lagi pun Yaya dah besar lah mak. Yaya tahu la nak jaga diri sendiri. Peduli apa
orang lain nak kata? Kita dengan hal kita, orang lain kenapa nak masuk campur.
Yaya pergi belajar kat rumah kawan. Bukannya buat benda yang tak elok pun. Yaya tahu apa yang Yaya buat. Orang lain tak
payah nak masuk campur dan jadi penyibuk,” lantang sekali aku bersuara tanpa
dirancang. Bibir mongelku begitu lancar mengeluarkan kata-kata pedih itu.
Kulihat wajah emak berubah tatkala mendengar jawapan biadap daripadaku. “Yaya,
apa dah jadi dengan kamu ni? Sejak bila dah pandai menjawab cakap orang? Mak dan
abah tak pernah ajar kamu adik-beradik bersikap macam tu,” kedengaran suara emak
tersekat-sekat. “Cubalah beradab sikit. Tengok abang dan kakak kamu tu. Tak
pernah mereka meninggikan suara. Sopan santun, ramah, hormat orang tua. Mungkin
itu lah berkat mereka berjaya dalam hidup,” ujar emak.
“Mak ni
tak habis-habis puji abang dan kakak. Sikit-sikit abang kakak, sikit-sikit
abang kakak, takda nama lain ke? Yaya bosan la. Mentang-mentanglah mereka tu
anak kesayangan mak dan abah, tak habis-habis nak puji mereka. Habis tu, Yaya
ni apa? Tunggul kayu? Patung hiasan? Yaya tahu takda sesiapa pun yang sayangkan
Yaya kat dalam rumah ni. Yaya dah bosan. Yaya taknak dengar lagi semua ni.
Cukuuuuppppp!!!!!!,” aku menjerit sekuat hati. Tiba-tiba, paaanngggggg!!!!!!!!
Satu tamparan hebat hinggap di pipi kananku yang mulus. Pipiku terasa panas.
Aku meraba bibirku. Terasa ada cecair
panas yang mengalir. Darah. Aku menoleh. Kulihat tangan abang mahu
mendarat ke tubuhku tetapi sempat dihalang oleh emak. Wajah abang yang sudah
merah padam itu kelihatan seperti singa yang mahu membaham mangsanya. Begitu
menakutkan. Aku yang tersembam mencium lantai, segera mencapai beg sekolah
lantas berlari menaiki tangga menuju ke bilik. Aku menghempaskan tubuh ke atas tilam.
Sayup-sayup ku dengar suara emak menegur perbuatan abang. “Khalil, kenapa kamu
tampar adik kamu tu? Sampai tersembam dia ke lantai. Kalau jadi apa-apa kat
Yaya, kita juga yang susah Khalil,” suara emak penuh kerisauan. “Biarkan dia
mak, itulah pengajaran untuk budak yang biadap macam Yaya tu. Biar dia insaf,”
ujar abang yang masih lagi meluap-luap kemarahannya. “Bukan macam tu caranya
nak mengajar adik kamu tu Khalil,” ujar
emak dalam nada sendu.
Tanpa disedari manik-manik jernih memenuhi
kolam mataku. Perlahan-lahan rantaian manik-manik jernih itu mengalir satu demi
satu menuruni pipi. Tangisanku semakin rancak. Serancak desiran ombak memukul
pantai. Senduku semakin jelas kedengaran. Aku menangis sepuas-puasnya. Bukan
kerana pipiku sakit ditampar oleh abang tetapi sedar, insaf dan menyesal atas
segala perbuatan biadapku terhadap emak. Aku sendiri tidak sedar bagaimana aku
boleh bertindak sebegitu rupa. Mujur ada abang. Jika tidak, semakin
melimpah-limpah dosa yang akan kulakukan.
Emak, seorang wanita berusia empat
puluhan. Surirumah tangga sepenuh masa. Begitu cekal dan tabah mengharungi
cabaran dan liku-liku kehidupan bersama suami tercinta iaitu abahku. Emak juga
sanggup berkorban dan bergadai nyawa demi melahirkan, membesarkan dan mendidik
ketiga-tiga orang anaknya. Beliau seorang wanita, isteri dan ibu yang begitu
bertanggungjawab terhadap keluarga. Juga seorang hamba yang sangat taat kepada
perintah Yang Maha Pencipta. Curahan kasih sayangnya tidak pernah berkurangan
malah semakin bertambah hari demi hari terhadap kami sekeluarga. Tidak pernah
sekali pun tembolok kami dibiarkan kosong tidak berisi. Jasa dan bakti beliau
yang amat bernilai itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Tidak pernah aku
dibiarkan keseorangan menghadapi hidup ini. Wajahnya yang lembut dan penuh
sifat keibuan, begitu mendamaikan hatiku. Tidak pernah sekelumit pun beliau
memarahi, meninggi suara apatah lagi memukulku. Yang selalu ada hanyalah belaian, usapan, kucupan,
kata-kata perangsang, nasihat dan tunjuk ajar seorang emak kepada anaknya. Tetapi
inikah balasanku terhadapnya? Oh tidaaakkkk. Aku selalu mengguris hatinya. Aku
kerap menyebabkan emak mengalirkan air mata atas perbuatanku. Terlalu banyak
dosaku terhadap beliau. Aku kini sedar
akan kesilapan, dosa serta balasan atas sikap biadapku terhadap emak.
Aku
tergamam separuh nanar tatkala terasa bahuku disentuh lembut. Aku menoleh. “Yaya,
kenapa tak tidur lagi? Dah lewat malam ni sayang,” sapa emak lembut sambil
mengusap kepalaku. “Kenapa Yaya menangis?” soal emak dengan penuh sifat
keibuan. “Mak, tolong ampunkan Yaya mak. Yaya banyak berdosa pada mak. Yaya tak
patut buat hati mak terguris. Yaya tahu mak banyak menangis sebab perbuatan
Yaya terhadap mak. Yaya tak patut balas segala jasa mak dengan kelakuan biadap
Yaya tu. Tolong ampunkan Yaya mak, ampunkan Yaya, ampunkan Yaya mak,” aku mengongoi lantas mendakap erat tubuh
emak. Air mataku membasahi bahu emak. Hujan air mataku seakan tidak mahu
berhenti mencurah seiring dengan dosaku yang menggunung tinggi terhadap emak. “Sudah lah tu Yaya. Usah dibazirkan
air mata tu. Mak dah maafkan segala-galanya. Percayalah sayang,” emak memujuk
sambil mengusap-usap belakangku. Aku benar-benar terharu dengan keluhuran hati
emak. Insan yang telah banyak menabur bakti terhadapku.
Ya
Rabbul Izzati, di lorong gelisah ini, hamba-Mu iaitu aku, ingin mengutip
redha-Mu, mengemis ampunan-Mu, menadah rahmat-Mu, mengharap kasih sayang-Mu,
memohon izin-Mu, agar Kau kurniakan aku sifat seperti emak yang sempuna pada
pandanganku.
Buat
emak yang kusayangi, maafkan segala dosa anakmu ini. Aku amat merindui kasih
sayangmu.
*MASUMOSHAF26ogos2012*
Friday, 10 August 2012
Hakikat Sebuah Perjuangan...
Kadang-kadang perjuangan ini terasa perit
likunya... Kadang-kadang rasa indah benar tarbiyahnya... Bayangan perjuangan
insan terdahulu sukar untuk dibayangkan, kerana hebat sungguh jiwa mereka
menentang kemungkaran yang bertandang dalam diri... Bagaimana mungkin kita
warisan hari ini menjejaki langkah perjuangan insan terdahulu yang sarat dengan
mehnah tapi tetap cekal meneruskan hak perjuangan... Hati, iman, amal perlu
dijaga rapi... Moga-moga suatu masa nanti kitalah warisan insan terdahulu yang
mampu menongkah arus perjuangan yang kian getir dan mencabar... Aku harap aku, kau
dan kalian mampu berganding tenaga, amal dan fikrah demi merealisasikan sebuah
perjuangan yang suci... Demi melihat ISLAM sebati dalam diri... Memburu redha
dan kasih sayang daripada Yang Maha Pencipta......
Ketentuan Daripada-Nya...
Hari ini sebelum kita mengeluarkan kata-kata yang tidak baik,
Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang kehidupan,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri kita,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk
diberikan teman hidup.
Oleh itu, belajarlah untuk menerima ketentuan daripada-Nya dengan redha.
Terima Seadanya...
Apabila kita ingin berkawan, janganlah kerana kelebihannya,
kerana mungkin dengan satu kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya.
Andai kita
ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan,
kita akan membencinya.
Andai kita inginkan sahabat yang satu, janganlah kerana
ilmunya, kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan memfitnahnya.
Andai kita
inginkan seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak
pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya.
Andai kita ingin
bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat, yang hanya
manusia biasa.
Jangan diharapkan sempurna, kerana kita juga tidak sempurna.
Jangan diharapkan sempurna, kerana kita juga tidak sempurna.
Thursday, 9 August 2012
Indahnya Persahabatan...
Sahabatku,
Indahnya ukhuwah fillah
manisnya persahabatan
sekiranya ia bertunaskan Allah dan berakarkan Islam
Sahabatku,
Kelazatan bersahabat akan di rasai
sekiranya bertemu ia kerana Allah
berpisah ia kerana Allah jua
Sahabatku,
Erti persahabatan yang hakiki akan tercapai
sekiranya ia dibajai dengan kejujuran dan keikhlasan
Sahabatku,
Ukhuwah fillah akan tercetus
sekiranya tali persahabatan diikat dengan tali
keimanan dan ketaqwaan
Sahabatku,
Kemanisan bersahabat akan bertunas
sekiranya sifat persefahaman dan rela berkorban wujud dalam
sanubari insan yang bersahabat
Sahabatku,
persahabatan sejati nan abadi lagi suci akan wujud
sekiranya ia disirami dengan kesucian hati demi menuju mardatillah
Sahabatku,
Sebuah persahatan yang diikat akan terputus jua
sebuah persahabatan yang terjalin akan terlerai jua pada suatu
hari
sama ada ia kehendak Allah atau kita sendiri penyebabnya
Sahabatku,
Apa yang perlu dilahirkan dalam hati seorang insan yang inginkan
persahabatan,
ialah kepercayaan sepenuhnya serta berani menerima kenyataan
bahawa setiap pertemuan, akan ada satu ketika satu saat yang
paling di benci oleh insan yang bergelar manusia
iaitu saat perpisahan
Sahabatku,
Seandainya perpisahan itu merupakan suatu ujian daripada-Nya
sabar dan tabahkanlah hatimu
mungkin akan tiba pada suatu hari cahaya yang bakal menyinari
hidupmu di kemudian hari.
Sahabatku,
teruskan perjuanganmu
sesungguhnya perjuangan kita masih belum selesai
pintu kejayaan masih terbuka luas buat insan yang
bersungguh-sungguh.
Semoga engkau tergolong dalam golongan itu
InsyaAllah.
Sahabatku,
Sesungguhnya mencari sahabat yang jujur dan setia itu
Ibarat mencari sebutir permata di sebalik timbunan kaca
Ikhlas,
Daripada sahabatmu.
Pada Celahan Rumput Itu...
Pada
celahan rumput itu, kita mencari sesuatu. Tapi biar bertepatan pada waktu, usah
terlalu menunggu.
Perasaan akan sentiasa melintas, umpama padang
akan sentiasa ditumbuhi rumput. Usah dicari perasaan yang hakiki, kerana
semuanya dugaan yang berhikmat tinggi.
Pada
celahan rumput itu, kita terlalu mencari, akan menyusul kecewa berganti. Jika kita
benar-benar menyedari, pada hemat sebuah rasa, maka, kenapa kita perlu takut
untuk tidak mengendahkan. Perasaan akan sering hadir, jerihlah kita untuk
sentiasa melayani.
Jika
kita tidak mendapat apa yang kita suka, maka, kita perlu suka apa yang telah kita
dapat.
Pada celahan rumput itu, pasti ada, rasa yang
benar hakiki. Cuma, mohon ditetapkan
hati, agar segalanya bererti, bukan hanya, mainan sebuah kehidupan dan
perasaan.
Wanita Solehah...
Jadilah wanita solehah, seindah
mawar berduri. Akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan
anggun menutupi diri, memelihara diri daripada pandangan ajnabi. Tawadhuknya mengharap
redha Ilahi, tak terpana pada fana dunia. Ditetapkan ALLAH buat lelaki soleh.
Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya untuk suami tercinta. Terletak
ketaatan maka sempurnalah agamamu. Kau lah bidadari syurga cerminan Ainul
Mardhiyyah. “benar ketetapan-Mu Tuhanku, wanita solehah permata buat lelaki
soleh.”
Rindu Padamu...
Sejak kau tiada… aku sering
menyendiri berbual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat
botol oren pada tiang rumah agar nampak cantik. Saban hari aku termenung di dalam
peti sejuk mengenangkan mu yang berada jauh denganku. Aku cuba bermain badminton
sambil makan mi hailam untuk
mengurangkan perasaan rindu. Tapi aku tak terdaya. Lalu aku membelasah 4
ekor itik serati jiran sebelah tanda aku amat rindu padamu.
Tuesday, 7 August 2012
Saturday, 4 August 2012
MSR Amos Cookies
Bahan-bahan :-
- 250gm butter
- 150gm gula halus
- 150gm gula perang (brown sugar)
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 biji telur (2 kuning & 1 putih)
- 450gm tepung naik sendiri
- 170gm chocolate chip
- 150gm kacang walnut atau almond (dicincang)
- 1/4 sudu teh soda bikarbonat
Cara-cara :-
- Pukul butter hingga gebu
- Masukkan kedua-dua jenis gula tadi, esen vanilla dan telur. Putar hingga rata.
- Masukkan tepung, soda bikarbonat, chocolate chip, almond atau walnut dan dikacau rata.
- Ambil sesudu adunan tadi dan letak di atas dulang pembakar. (untuk lebih cantik, tekan dengan garpu).
- Bakar pada suhu 150° – 170° selama 15 – 20 minit.
Thursday, 2 August 2012
Wednesday, 1 August 2012
Di Atas Kesedaran Itu...
Lupakan apa yang telah berlalu
Mahalkan nilai air matamu
Usah diseksa perasaan itu
Hanya ALLah yang tahu... (^_^)v
*MASUMOSHAFogos2012*
Mahalkan nilai air matamu
Usah diseksa perasaan itu
Hanya ALLah yang tahu... (^_^)v
*MASUMOSHAFogos2012*
Monday, 30 July 2012
Aku Yang Baru...
Sunday, 29 July 2012
Keliru...
Tak mudah untuk ku luahkan
Perasaan yang menghuni hati
Tiada keberanian untuk mengetahui jawapan
Bimbang kiranya bakal menggores hati ini
Aku juga keliru
Adakah itu hanya perasaan berterima kasih
Atas budi yang pernah ditabur
Lantas ku hanya berani untuk memerhati dari jauh
Andai dia bukan dicipta untukku
Hapuskan dia dari hati dan ingatanku
Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Mengetahui…
*MASUMOSHAFmei2012*
Saturday, 28 July 2012
MSR Chocolate Chip Almond Muffin...
170 g gula halus (castor sugar)
4 biji telur gred A
340 g tepung naik sendiri
10 g serbuk koko (diayak sekali dengan tepung)
170 gram mentega
160 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
Chocolate chip
Badam cincang
Coloured rice
CARA-CARA :
(1) Panaskan oven pada suhu 175°C. Putar
mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil
terus memutar hingga kembang dan gebu.
(2) Masukkan esen vanilla dan putar. Perlahankan
speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar tadi hingga habis.
Gaul rata.
(3) Masukkan badam cincang dan chocolate chip dan
gaul sebati.
(4) Sudukan adunan ke dalam mangkuk muffin sehingga
3/4 penuh.
(5) Taburkan coloured rice ke atas adunan.
(6) Masukkan ke dalam oven. Bakar selama 20 hingga
25 minit dengan suhu 180°C.
(7) Keluarkan daripada oven dan sejukkan atas
jaringan hingga betul2 sejuk.
Selamat mencuba! ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)